header image
 

PENA GONZO

12

Aku sedang diam di satu sudut dalam Kinokuniya di menara berkembar kebanggan negara Boleh-land…menyerap segala dapatan ilmu separa formal dari sebuah buku yang telah lama aku kepingin baca…I Am Muslim oleh Dina Zaman

Buku yang pada aku memampatkan garapan selfish seorang wanita muslim yang sedang cuba faham agamanya dari sudut keimanan rabbubiyah dan uluhiah…mencari logik dalam jawapan keagamaan…mencerap amalan dan budaya muslim setempat dan membandingkan dengan amalan dirinya dan komuniti muslim di negara Boleh-land…lucu…sarkastik…berisi

Aku mengambil kesempatan ini melarikan diri dari ajakan seorang sekutu Wilayah SB yang mahu aku turut serta menonton wayang gambar bersama klien gym nya…

"Tak jadi workout hari ni…jom kita tengok movie" ajak Sarul bersungguh

"Takpela…kau pergi dengan Lan…aku nak pergi baca buku" jawab aku sopan & perlahan

Lan, seorang jurutera lelaki melayu yang berpenampilan sederhana hadir hari itu dengan jaket coklat susu Dockers…jam tangan Tag Heuer…cermin mata sebagai simbol seorang terpelajar dan rambut bersikat rapi…klien gym sekutu aku, Sarul…menentang graviti pertumbuhan lemak dalam badan serupa BigShow nya sejak beberapa bulan yang lalu dengan gigih menitiskan peluh di bawah bimbingan Sarul…tapi selepas itu tak pernah ketinggalan melantak sepinggan spagheti…pfffttt

Dalam keasyikan membaca…teks masuk ke dalam telefon tangan aku…

"Bro, aku tahu sedikit sebanyak diri kamu bila aku baca RUFFIAN…kamu nampak macam cool"

"Tak semua benda ada dalam tulisan…sebab tu Al-quran jadi mukjizat" balas aku jujur

"Betul…mane belajar menulis?" tanya lagi

Brader yang seorang ni bukan orang yang pertama bertanyakan soalan seperti ini…dan setiap kali itu juga jawapan aku tak lari dari mengatakan…penulisan aku adalah apa yang aku rasa dan lihat…emosi yang ada dalam benak sanubari nihilis aku…aku persetankan format perenggan, pendahuluan dan sebagainya…

Aku layari bahtera perasaan dan emosi…terjemahkan dengan kletak kletuk papan kekunci berhabuk aku di sanctuary dan kadang-kadang di pusat-pusat internet berbayar…

RUFFIAN adalah terapi penulisan…bilamana aku dapat zahirkan perasaan melalui tulisan…aku puas…puas aku…bilamana aku bace komen-komen kamu…aku senyum…aku berterima kasih dalam hati…kalau gadis yang memberi komen, aku akan seboleh-bolehnya membayangkan dia adalah wanita comel…walaupun hakikatnya aku sendiri tak pernah kenal…bilamana MLS yang mengulas entri aku…aku tersipu-sipu malu *wink wink*

Aku menulis mengikut drama dan peristiwa hidup…dibantu oleh sedikit rencah emosi, metafora, unsur-unsur fiksyen dan dipandu oleh fakta yang pastinya…dan penulisan ini dipanggil Penulisan Gonzo

Gonzo secara harfiah difahami sebagai slanga Boston Utara orang-orang Ireland dengan maksud ‘last man standing after drinking marathon‘…mungkin bila orang yang paling bertahan lama dalam acara lumba minum bercerita…cerita dia akan lebih kurang seperti entri-entri dalam RUFFIAN…mungkin…fahaman lain mengatakan Gonzo berasal dari KanadaGonzeaux‘ membawa maksud ‘jalan bercahaya’

Penulisan Gonzo merupakan satu cara tulis subjektif, selalunya memasukkan penulis sebagai watak penting dalam cerita…fakta akan ditulis dengan mood fiksyen untuk memeberi penekanan pada aspek utama penulisan…dipopularkan oleh Hunter S.Thompson (1970), seorang wartawan dan kolumnis…selalu mengatakan tulisan fiksyen adalah fakta terbaik dan paling menarik…
Ttt

Jadi secara tak langsung aku mengketengahkan fakta dalam RUFFIAN tetapi dalam mood fiksyen supaya ia dapat menjadi terapi terbaik untuk jiwa nihilis aku…supaya aku boleh senyum dan tertawakan aku dalam diam…gembira dengan penulisan yang aku sendiri hasilkan tentang aku…tentang set sosial aku…tentang tentang

Jadi teruslah menjadi ahli terapi aku yang paling best dalam dunia mundane ni…aku sangat hargai semua itu brader…

Oh ya…dan bilamana kamu asyik membaca RUFFIAN…senyum & ketawa…aku doakan kamu semua tidak sekadar senyum & ketawa

"Logical readers read what they want…Believers see beyond meaning"
-Mas Erno, petugas Nur Syifa’, Indonesia

:-petikan dari I Am Muslim, Dina Zaman

Dia Seorang Burjois

Midin

Malam semalam sedang aku duduk melayari selang waktu…duduk di tengah-tengah rumah sewa sekutu aku, Max…di tengah kesesakan Pantai Dalam yang mempunyai kepadatan penduduk yang terlampau…seminit aku melangkah ke alam melayu yang satu ini…aku rasakan seperti sepuluh hari berada di New Delhi atau Madras…bezanya komuniti dan join di sini berkulit sawo matang…oh ya dan berkilat…oh ya dan disini masih belum ada upacara mandi beramai-ramai seperti di Sungai Ganges

Apartment kos sederhana Max dikelilingi oleh penempatan mangsa-mangsa penggiat fasisme & pelarian perang kemodenan…bekas-bekas komuniti setinggan yang ditempatkan semula dalam petak-petak murah blok berupa rumah merpati ini tetap membawa bersama mereka budaya Badwi yang dulu…melihat blok-blok itu dari skala pembesaran yang jauh…ianya seakan satu bentuk art atau monumen budaya popular cukup dengan nilai estetika meneliti bumbung-bumbung usang mereka yang dipenuhi dengan basikal, kerusi, lampin pakai buang, kain baju orang yang lebih atas, tulang belulang, lumut-lumut yang semakin selesa membina habitat, jelas menerangkan kata-kata…

"Ulat dalam batu pun boleh hidup"

Kata sekutu aku Jelan yang juga duduk berdekatan…

"Duduk sini baru feel fek…rasai kehidupan kota"

Dalam hati aku berkata..

"Kehidupan kotak will do dude"

Lamunan aku dikejutkan dengan ajakan Max dari sudut biliknya sesudah sejadah dilipat kemas…

"Fek, kita runner pegi gerai Midin jom"

"Em boleh jugak…tapi lepak kejap je la" aku seraya itu bersetuju dengan syarat

1 jam kemudian aku duduk di gerai burger sekutu aku yang aku hormati, Midin…seorang lelaki melayu yang sudah mengenal dunia mundane selama 22 tahun tetapi perwatakan dan lagaknya melangkaui usia sweet 22 nya itu…tak hairan kalau sekutu-sekutu Wilayah SB aku menggelarnya dengan gelaran ‘Orang Tua‘…tak pernah benar-benar menunjukkan emosinya yang sebenar…bila suka tidak terlalu suka dan ketawa…bila sedih tidak terlalu sedih dan menangis…

Midin, seorang sekutu yang mempunyai banyak sebab untuk aku hormati…berniaga menjual burger di Bandar Kinrara seawal 8 malam membawa ke tengah malam di selekoh gelap…setiap hari…sedang masih menuntut siangnya di salah sebuah institut pengajian di Serdang…mengejar ilmu dan segulung ijazah…walhal telah ada diploma di dalam kocek pengetahuannya…berapa ramai orang dalam dunia mundane ini yang berkesanggupan seperti Midin...tak ramai

2 jam duduk di gerainya…dalam kunyahan burger aku…aku perhatikan perlahan-lahan Midin bekerja…gigih…menyediakan secepat mungkin tempahan-tempahan pelanggan yang datang dari pelbagai latar belakang. Dari yang memesan menggunakan teks mesej, panggilan telefon mahupun datang sendiri ke kedai atau yang menyuruh dihantar ke tempat lain…berkejar ke sana ke mari Midin menunaikan permintaan setiap pelanggan yang hanya tahu burger adalah sekadar burger…tapi aku rasa tidak bagi Midin

Dan yang paling menyentuh jiwa nihilis aku…tatkala pelanggan yang berkereta datang…Midin akan segera meninggalkan apa sahaja yang dikerjakan waktu itu dan meluru ke kenderaan pelanggan…menanti pesanan di luar tingkap…dengan penuh sabar…menanti si pelanggan untuk menurunkan tingkap kenderaan dan melafaz pesanan..berapa ramai penggerai burger yang buat begitu setiap kali yang kamu ketahui?…tak ramai

Kunyahan burger aku yang satu ini terasa sangat besar maknanya…ia bukan sekadar lapisan daging dihimpit sepasang roti…ia adalah lambang sebuah pengorbanan dari seorang lelaki kudus yang semakin membuat aku rasa malu…malu dengan diri sendiri…malu dengan dia…malu dengan setiap ringgit yang aku bazirkan…

Mengimbas beberapa tahun dahulu sewaktu kami semua masih menuntut di sekolah agama koboi…waktu itu ayahanda Midin meninggalkannya bertemu Ilahi dalam keadaan yang cukup menyentuh hati setiap sekutu-sekutu aku yang tahu dan berkesempatan melawat Midin di rumahnya nun jauh di sebuah kampung di Wilayah SB yang juga rumah yang telah menyaksikan perih jerih orang tuanya membesarkan lebih 5 orang anak…

Malam itu, ayahandanya dalam perjalanan untuk mengambil Midin di rumah sekutu aku Sidang, singgah dari kepulangannya bercuti sekolah…dalam kegelapan malam dan separa kudrat seorang tua memacu motosikal caboknya…penantian Midin selama beberapa jam membawanya ke alam mimpi dek kerana terlalu letih menunggu..

Namun hari itu…mimpi sahaja tak cukup untuk jadi penutup hari yang telah ditakdirkan tuhan…dalam keheningan subuh dan derai-derai embun di hujung daun…salam kedengaran di rumah Sidang...beberapa utusan dari kampung Midin menyampaikan berita sedih…

Dalam mamai-mamai separa sedar…Midin menurut sahaja…

Ayahanda tercintanya dilanggar lari oleh sebuah kereta dalam gelap malam

Pagi itu…tatkala kami melangkah ke laman rumahnya, orang-orang kampung berketayap putih memandang lesu…mendengar sendiri cerita-cerita hiba dari mulut Midin tentang itu ini…dalam dengungan bacaan surah Yassin…satu-satu sekutu aku memburaikan ego menitiskan air mata…simpati…sesal…kasih…semua terhurai dan terburai

Ya dan Midin juga sudah pasti begitu…air mata yang sangat jarang-jarang kelihatan itu jatuh ke bumi…

Sebelum balik malam semalam…aku hulurkan wang yang jauh lebih tinggi dari harga sekeping burger…aku katakan

"keep the change" dalam nada stoic

Midin cuba memberi pulangan…aku genggam tangannya dengan kedua-dua belah tangan aku…aku pandang ke dalam mata sekutu aku dalam-dalam…dia faham sendiri maksud aku…

"Terima kasih banyak-banyak Fek" dalam nada gembira dan sedikit getar pada suara jujurnya

Pada aku itu adalah Art of Giving pada fahaman aku…

Bila kita memberi pada siapa yang kita tahu takkan dapat memberi kita balik…aku yakin tuhan cukup arif tentang kadar pahala dan ganjaran

EM

Em

Aku baru pulang dari bepergian ke sebuah majlis pertunangan seorang sahabat…sekutu sekolah agama koboi yang pada aku…lambang seorang lelaki melayu alfa kontemporari yang beperwatakan sempoi…ya sempoi di kalimantoi bak kata sekutu aku Max

Si sahabat bernama Em Fi (bukan nama sebenar)…pada namanya sahaja sudah terpampang ke-sempoi-an…berapa orang dalam dunia mundane ni yang kamu jumpa mempunyai nama dimulakan dengan Em…jangan salah faham…ia bukanlah ‘M‘…bukan M untuk Macibai…bukan itu ye…ia adalah ‘Em‘…untuk lebih komprehensif…jika nama kamu Kamarul makanya nama kamu dalam versi keluarga si sahabat aku yang seorang ni harus menjadi ‘Em Kamarul‘ dan tertulis "Em Kamarul‘…begitu juga jika nama kamu Param, ia akan menjadi ‘Em Param‘…jika Latep, ia akan jadi ‘Em Latep’

Apa maksud dan sebabnya?…jangan ditanya…memang kadang-kadang sebahagian perkara di dalam dunia ni dibiarkan tidak berjawab…untuk memberikan manusia kebebasan mencari imaginasi mengikut fahaman masing-masing barangkali…

Ditakdirkan Em Fi memilih kereta yang aku naiki untuk membawanya ke rumah buah hati pengarang jantungnya yang beberapa saat nanti akan jadi tunangnya…diiringi rombongan besar…kami berangkat

Dalam singkat perjalanan kami…disebabkan rumah kedua-dua pihak memang terletak besebelahan kampung…bicara yang keluar dari mulut masing-masing sudah tentu tentang perkahwinan dan masa depan…dan sebagai tanya  yang menuntut jawapan segera dari aku…Em Fi membuka mulut

"Fek, ko bila lagi?"

"RIlek dulu, duit belum ade la" jawab aku sambil membalas senyum si teruna yang  berbunga hatinya

"Kalau kita fikir duit…sampai bila-bila pun tak jadi fek…jalan je…yang kate duit tak cukup tu semua syaitan…nak biar kite dalam dosa" balas Em Fi

Tersentap dengan itu…aku memandang Em Fi yang tak lekang tersenyum…mata bertemu mata…ada mesej yang disampaikan…cukup dalam…cukup untuk aku dan dia faham masing-masing tentang macam-macam…tentang dosa…tentang alasan…tentang kebiasaan dua jantina bercinta…tentang nilai sebuah kesempurnaan mahligai berbanding longgokan dosa…tentang alasan harta benda untuk membutakan mata hati tentang putih dan suci sebuah akad…tentang tentang

Ikhlasnya aku akui…jarang-jarang aku dengar jawapan balas yang ini tatkala ada sesiapa yang bertanya soal ada unsur-unsur ‘bila’ dan ‘nikah’…

Aku hanya balas semua itu dengan senyuman kosong…

Sebelum pulang…kami bersalam…sebelum kedua-dua tangan melepaskan genggam, Em Fi sempat bertanya…mungkin dek kerana tidak (cukup) puas hati dengan jawapan dalam bentuk senyuman aku tadi…

"Dosa ke duit?"

Aku loloskan tangan aku perlahan-lahan sambil memberikan senyum tanpa menjawab sepatah…

Seperti kata aku awal tadi…kadang-kadang sebahagian persoalan dalam dunia ini memang dibiarkan tidak berjawab…paling kurang untuk sela masa tertentu…mungkin sampai sekarang…mungkin sampai satu masa nanti…mungkin sampai akhir waktu dan hela nafas

Dalam perjalanan pulang kami meninggalkan majlis…sekutu aku, Jelan menegur aku yang sejak 5 minit lepas senyap membisu memandang kosong ke luar tingkap….

"Apasal fek? termenung je?"

Aku balas dengan senyuman…tapi jauh dalam sudut assalamualaikum hati nihilis aku…ada suara kecil berkata dalam mood penghargaan & pertimbangan…

"Perghhh Em Fi...lu sekolahkan gua hari ni"

pfffftttt…..

ODE

Ode

D untuk DADAh

Pbt_1



Assalamualaikum semua sekali…salam RUFFIAN setelah sekian lama tidak aku piliskan cernaan emosi mahupun jus gaster pemikiran aku ke ruang gelap antaramuka blog faux pas ini…kalau blog ini berjantina wanita…pasti kala ini aku sedang pening memujuk…u think?

Yang sebenarnya ada pengumuman penting yang ingin aku sampaikan…sepenting ia dalam hidup nihilis aku yang kebelakangan ini sudah mencapai tahap ennui
…dan sepenting RUFFIAN dan seisinya sebagai terapi penulisan seorang melayu atipikal yang skeptikal terhadap kesempurnaan…itu dan juga ucapan ribuan terima kasih untuk kamu-kamu, aficianado RUFFIAN yang tak jemu mendoakan aku untuk menghadapi peperangan getir aku menghadapi PBT Pongget 2 bulan lepas…subjek matematik yang langsung tidak relevan dalam penyusunan kursus aku…dan puncanya adalah kekebalan sistem ciptaan manusia…tak hairan kalo Serj Tenkian dari System of A Down mengajak kita untuk…

"Fuck the system!!!" dengan lantang

mungkin dia juga pernah ambil subjek PBT Pongget ni…pfffft ….mungkin

2 bulan lepas aku akui jantung aku berdebar setiap saat lebih deras daripada waktu-waktu biasa…kebimbangan…keresahan…kesangsian terhadap sebarang kebarangkalian aku kalah dalam dalam peperangan dengan PBT Pongget dan gagal…dan kegagalan itu nantinya hampir mampu menjadi ultimate fiasco dalam hidup kampus aku…kepala terasa kusut berserabut…kosmos dalam badan aku juga mencapai ketidakstabilan kompleks yang sukar diterjemahkan…

Sepanjang tempoh itu juga aku mencari-cari pintu escapism sebagai metod pelepasan seksaan…membuat beberapa panggilan telefon kepada beberapa sumber yang telah lama tidak aku hubungi…mendapatkan daun-daun khalayan…berat kepala dalam intoksikasi daun-daun khayalan memang mampu membuat diri terlepas dari sebarang kerisauan tersarang…maafkan aku badan…itu semua dan penamatnya pagi itu…

Pagi itu…teks menerjah telefon tangan aku dari Ijan, pengutus aku yang berkhidmat secara pro bono untuk mengkhabarkan kepada aku sebarang tarikh daftar…gugur tambah kursus…pengesahan itu ini sehingglah pagi itu keputusan pepriksaan…ya keputusan peperiksaan…dengan kata lain keputusan peperangan aku melawan PBT Pongget

"Result dah boleh cek di SMPWEB" bunyi teks dari Ijan

Dalam bengkak mata aku gagahkan berdiri…bergegas ke bilik air sambil corpus collosum ligat berfikir…berimaginasi kemungkinan itu ini…siraman air sejuk dari kolah mandi dirasakan terlalu berat…segayung air terasa seombak derasnya…panik dalam ketakutan…paranoid dalam kesejukan…

Menekan butangkeputusan peperiksaan‘ kala itu terasa sangat sukar sekali…dan sebaik keputusan terpampang….wham!!!!

D            Persamaan Beza & Terbitan Pongget

(ok yang Pongget tu aku tambah)….yaaaaayyyyyyyyyyyyyyyyyy1!!!

(oh ya…D maksudnya lulus ye)

Terima kasih kepada kamu sekalian terutamanya aficionado RUFFIAN yang berdoa sambil bercucuran air mata…yang tak doa tak termasuk dalam senarai ini…aku memang dapat merasakan kuasa doa kamu…sejujurnya aku akui aku sendiri sangat tidak yakin aku akan menang peperangan ini…yang ini memang kerja tuhan hampir 100%

Satu masa dulu sewaktu tanah runtuh bersiri di Genting Highland…seorang lelaki Cina separuh usia berkata di Buletin ter-Utama

"Kita suda buat macam-macam…tapi jadi juga…ini semua kerja tuhan Allah…tak boleh buat apa-apa punya!!!"

Satu masa dulu tatkala deretan masalah menimpa binaan korup Jabatan Kerja beRaya…seorang sami paling popular di Malaya menjawab…

"Tuhan sudah takdir itu macam…tak boleh buat apa…awak nak suruh saya lawan tuhan?"

Tatkala ini seorang melayu atipikal yang menang berperang dengan mephistopheles PBT Pongget menyaksikan kuasa tuhannya…dia berkata

"Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah…aku bersaksi Muhammad pesuruh Allah…jadi kata kamu maka jadilah ia!!!"

Terima Kasih semua…fucking thank you!!!…xie xie…syukran jazilan jum-jum abuka

DUNIA MUNDANE

Mundane_2

PARTI BUJANG

Org

Hari ini aku akan bergerak ke kampung halaman lagi, Wilayah SB.

Hujung minggu ini aku mahu menghadiri Parti Bujang anjuran sekutu-sekutu Wilayah SB aku…kemungkinan besar di Teluk Batik…mungkin kamu kata apa kelas Teluk Batik?

Tapi apabila sekumpulan lelaki-lelaki bohemian berkumpul…tempat bukan lagi satu isu penting…biar di belakang rumah sekalipun…parti pasti huru-hara…bila aku kata huru-hara, aku maksudkan huru-hara

Mahu ikut serta?…minta maaf…ini parti sulit…penuh dengan unsur-unsur explicit dan aksi bogel.

Kalau-kalau ada RUFFIAN yang duduk berdekatan…silalah datang menjenguk…terutamanya kalau kamu termasuk dalam golongan gadis kampung yang comel sambil gemar bermain air di gigi-gigi air di pesisiran pantai…oh ya dan kalau kamu bercadang pakai bikini…beritahu aku alamat…aku datang ambil kamu di rumah…anyone?

Kalau aku rajin dan kalau-kalau banyak drama yang ingin aku kongsi bersama…mungkin aku akan tulis mengenai parti ini di RUFFIAN…mungkin

Salam

TANYA SAMA POKOK

Soal
Terpaku di hadapan komputer…dengan tangan letak terkedu di papan kekunci …mata menjeling  ke arah deretan jam tangan aku di atas monitor cari makan ini…purata sela waktu yang tertera…sejujurnya 3.19 pagi

Beberapa hari mengambil cuti dan isterirehat dari memiliskan rembesan jus gaster pemikiran pada terapi penulisan ini membuatkan berbondong-bondong teks masuk ke ‘dalam kotak’ telefon tangan aku sewaktu dalam tempoh percutian.

RUFFIAN 1: Bro, takde entri ke?
Aku : Cuti umum
RUFFIAN 1: Jangan lame-lame…gian
Aku : *Fikir-fikir*…seingat aku, tak pernah aku tambahkan daun-daun khayalan ke atas entri aku…tu pun bleh layan stim bace entri ke?…aneh…pfffttt

Kebanyakan darinya seperti biasa bertanyakan mana dan bila entri mahu ada? Diikuti soalan-soalan paling aneh dan eksistensial menderu otak nihilis aku…jika aku khabarkan pada kamu jenis-jenis soalan dan pertanyaan yang aku terima samada melalui telefon tangan atau profil friendster aku…tentu sebahagian kamu sukar percaya…sebahagian lagi ketawa…sebahagian yang lain akan termalu sendiri dek kerana itulah gerangan soalan kamu seadanya…

Semua itu serta pujian melangit, cadangan, komen dan tak kurang juga ucap selamat…jarang yang mahu belanja rootbeer float…pffftt. rutin sosial aku memang sedikit berubah setelah menulis RUFFIAN…tapi siapa bilang aku tak suka…aku senang sekali dengan pertanyaan kamu…ok  mungkin sebahagian dari pertanyaan itu maksud aku…memang mampu menghiburkan jiwa nihilis aku yang sekarang mendung dengan ketidakpunyaan…proletarian

Makanya pada entri ini aku mahu bariskan sebahagian dari tanya-tanya yang aku terima…seingat aku…dan mungkin akan aku tambah bila teringat lagi…mungkin

>>Betul ke semua cerita dalam RUFFIAN ni? Betul ke kisah Lakaran Lamaran kamu tu?
>>Semuanya benar belaka…jangan risau.Termasuk juga Lakaran Lamaran tu…pergi tanya MLS kalau kurang percaya rangkap-rangkap aku…oh ya dan sampai sekarang kami masih bahagia di persada cinta agung dua jiwa…

Sexy, we are damn good to be true right? *wink-wink*

>>Macam pernah lihat kamu di KMJ (Kolej Matrikulasi Johor)?
>>Ye..aku lah tu…hebat ingatan kamu…makan kismis doa ke? KMJ adalah alma-mater aku selama lebih kurang 9 bulan…9 bulan yang tandus…nak menikmati kepulan asap-asap kepuasan pun sikit punya payah…pffft
Di KMJ hampir semua orang yang berjumpa aku mengatakan aku ni assalamualaikum orangnya…hakikatnya hanya sebahagian manusia terdekat aku sahaja yang sedar dan cukup sedar aku siapa dan bagaimana…LOL:b…
Aktiviti aku di KMJ tak lebih dari sekadar belajar>surau>belajar>makan>belajar>tidur>belajar>kalo line clear aku akan menikmati asap-asap kepuasan di puncak bangunan agar asap-asap tu tadi terbebas ke langit membentuk awan-awan komulus nimbus>belajar>melihat aksi gadis-gadis comel yang giat membesar (KMJ memang kompilasi gadis-gadis comel)>belajar>menyaksikan aksi pongget sebahagian lelaki-lelaki konon garang dan ganas di blok aku dan kafe…tapi bila aku lalu bagi salam dan tertunduk-tunduk…mereka bukan hormat tapi takut sebab mereka fikir aku assalamualaikum….takut aku doa mereka masuk neraka Wil…tak payah susah, Semut…kamu memang ahli neraka pun.LOL:b

>>Apa maksud MLS tu?
>>Sibuk mahu tahu…My Lil’ Shayang dan kadang-kadang mengikut mood dan kondisi tertentu menjadi My Lil’ Sexy…gadis yang tak pernah gagal membuat aku jatuh cinta setiap kali…jatuh cinta seakan sudah jadi metronom aku

Sexy, if they said love hurts…i suppose hurt-ness is just my pleasure…u think?

>>Kamu belajar di UKM? selalu lepak di mana? macam mana nak jumpa kamu di UKM?
>>Ini antara soalan eksistensial yang aku maksudkan…Ya aku belajar di Universitas Nasional Malaya itu
Aku tak lepak di Universitas Nasional Malaya…aku lepak di kedai buku
Jumpa aku?…mahu bikin apa kot?…sekarang pergi tengok cermin…kalau kamu rasa kamu comel ulang semula soalan kamu…kalau kamu tak comel atau kamu seorang gadis ampang bermekap tebal…errr aku tak suka jumpa orang untuk kali pertama..pffftt

>>Sampai bila mahu beRUFFIAN?
>>Sejujurnya aku tak pasti…mungkin sampai entri yang ke-100…sekarang sudah 70

>>Mana dapat ilham menulis?
>>Errr aku tak tau…aku cuma tulis apa aku lihat, tahu dan rasa…next question please

>>Kawan-kawan saya kirim salam…diorang semua dah khayal baca RUFFIAN
>>Errr kawan kamu hisap dadah kot…ada tokan ‘ice‘? meh sini nombor

>>Apa muzik kamu dengar?
>>Hampir semua…laissez faire dan eksistensial…sekarang senarai main aku sedang memainkan lagu-lagu R.AzmiR.Azmi memang legenda bohemian terbaik pada aku melihat pada lirik-liriknya

"Amboi pak itam sayang…pak itam kaki melaram…kaki joget…kaki todi…raja botol serta wiski…air melilih tak minum ketagih…air liur melilih

Mengayun tongkat pulang balik…mahu perangkap Nona Getek…lalalala"

>>Boleh saya muatturun iklan-iklan dalam RUFFIAN?

>>Ya boleh…silakan…pergi buat kertas dinding (wallpaper) komputer riba atau komputer atas meja kamu…oh ya dan doakan aku cepat kaya

tulis

Tulis

KUBUKU BUKU

Buku