BELUM TIGA
Hari ni patutnya
jatuh hari aku dapat gaji…tapi dek kerana fucking sistem…kerenah fucking
birokrasi…sikap tak peduli dan mungkir janji orang-orang…
Aku terpaksa
berlalu pergi dari mesin ATM dengan rasa hampa kecewa
Aku perasan
brader yang beratur di belakang dah tersengih sinis…intai baki wang aku la
tu…kejap lagi aku hayun siku aku kat gigi kamu…cuba tengok kamu boleh sengih
tak lepas tu…pffftt
Aku sisipkan
semula kad ATM usang aku di celah dompet dengan hati kusut berserabut…
“Tuniaseng…yamakahai…fucking
system…yada yada yada”
(Sorry la ustazah
Norain…aku bukan sengaja carut…ianya latahan spontan…macam kamu kena
cucuk pinggang…ini fucking system sudah cucuk punat kesabaran aku…kalau
kamu nak hantar tazkirah dosa mencarut melalui Pengutus Yahoo aku…aku terima je…it’s
tough job to be da’ie but someone got to do it right? way to go…way to go)
Jay, lelaki Funky
Tapi Horny yang tak lekang dari unsur Kuching dalam hidupnya gelak tengok muka
frustrated aku keluar dari bank…cuba ini…Jay, LFTH berasal dari Kuching
Sarawak…kini menetap di Jalan Kuching dengan pakcik dan sepupunya…itu hari
masa heboh pasal Lelaki Kucing yang culik budak sekitar Kuala Lumpur…aku
jumpe die…aku pandang atas bawah…*fikir-fikir*…pandang lagi atas bawah…
“Apasal?” Jay LFTH bertanya pelik
“Err…ko suke
budak-budak?” aku tanya
“Suke
jugak…anak sedara aku yada yada yada…errr kenapa ruffeey?” Jay LFTH tanya
lagi menuntut pasti..
“Errr…emm takde
ape-ape…kot” aku jawab sambil *fikir-fikir*
*dalam hati*
…"takkan kot…Lelaki Kucing ke Lelaki Kuching eh?”
Kewangan aku
bukanlah sesempit itu…tapi aku baran bila hari yang dijanjikan untuk aku
terima gaji tu dimungkiri…itu yang buat jiwa nihilis aku terasa diperhamba
sistem…ditertawa status quo…dihina kapitalisme…setelah aku berhempas
pulas ikut telunjuk mereka…pfffttt
Pulang dari
kerja…aku ambil masa duduk sendiri…sambil melayan kepala fikir masa
depan…dengan kepulan asap kepuasan Sampoerna Hijau…aku tak bersedia untuk
hidupkan enjin motor dan bergegas balik merentas lautan kenderaan sepanjang
jalan dengan hati runsing macam ni…
Aku duduk
mengadap barisan kereta-kereta mewah di tempat letak kereta valet…semua
kereta mewah…tempat letak kereta valet ini aku lalu tiap-tiap hari untuk
pergi kerja sebelum aku perlu meredah bau semerbak aroma tapai bir-bir jenama sederhana dari sebuah bar Irish,…Finnegan…juga jadi hotspot yuppies yang letak kereta di tempat yang sama…tempat letak kereta valet ni dah jadi seakan Wall of Fame pada yuppies dan orang ada-ada
di Mid Valley City (Kota Lembah Tengah kot?)…dah jadi seakan satu simbol kejayaan
hidup mereka…meletak kereta persis menyusun trofi kemenangan satu perlumbaan
tikus mengejar ringgit…berkilat digilap
Aku? Genggam
kunci motor di tangan…senyumkan diri sendiri
Sebelah kanan
kata “Sabar rafi…rezeki tuhan dah
bahagikan masing-masing”
Sebelah kiri kata
“Kalau kau guris kunci tu kat kereta diorang…mesti puas hati”
Corpus Collosum
aku mengarah aku senyum…aku masukkan kunci dalam poket…aku pijak mati
puntung rokok…
Langkah lesu ke
tempat letak keret…eh motor aku…
Khutbah Jumaat di
Bangsar Jumaat lepas…khatib pesan pada aku…
“Ada 3 benda yang
bisa buat seorang lelaki itu merasa gembira…”
“yang pertama…wanita
peneman jiwa” *fikir-fikir*…MLS…CHECK
“yang kedua…
kediaman yang selesa” *fikir-fiikir*…sanctuary setakat ni selesa…CHECK
Aku tiba di
motosikal cari makan aku…
“yang ketiga…
kenderaan yang baik”
Prrrrr! Prrrr!
Prrrr! …..Prrr!
“Apsal susah
pulak motor nak hidup ni?”
Apa yang ketiga tadi? *sigh* "no wonder…."


sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman!!
ASHRAFF said this on April 3, 2008 at 9:27 pm
ruffey..aku rasa dlm msa 12bln..kamu bleh mrasa sndri aircond dr kete kamu sndri..
hehe
(or 6 bln lg..huhu)
sesiapa pminat fotografik..
welcome 2 BroZ Graphic Design
http://zalhilmy.fotopages.com
MiE said this on April 9, 2008 at 2:22 pm
mmg hampeh brader tu, bukan nk kasi duit kat kite tp ketawa sinis lg ade..nti aku kaya aku ketawakan die pulak hahaha
ChAirOnG said this on April 12, 2008 at 10:33 pm