header image
 

BERSEDIA SATU DUA!!!

Tgn

Aku tak tahu tentang kamu….tapi terkadang-kadang aku rasa pusingan hidup aku yang mengaruh….eksortemik….. tidak seimbang dengan nilai keseimbangan kosmos dalam badan aku

Perlu berlumba tikus sedang hati masih ingin bergembira cara lama…cara ketika aku masih bergelar budak bohemian…tak punya wang tapi masih boleh bergelakDuit
ketawa…ketawakan orang dewasa….ketawakan dunia…ketawakan kawan-kawan seangkatan homme revolte dengan rasa kepala yang sama…ketawakan diri sendiri…tak perlukan apa-apa reason d etre untuk gembira…susah senyum…senang ketawa lagi..

Tapi dalam arus kapitalis dunia mundane sekarang…untuk gembira mesti ada wang…kamu hendak ke mana-mana mesti naik motokar atau motosikal…mesti isi minyak sebelum boleh roda bergolek…mahu naik pengangkutan awam…perlu ada wang tambang…dulu-dulu aku dan angkatan homme revolte aku selamba itik je round satu kota metro kuala lumpur jalan kaki…takde hal…zaman sekarang…tak ramai yang mampu buat…takut ketiak berpeluh….takut boxer melekit…takut fesyen rambut lari…risau itu risau ini…pathetic

Mahu pergi berjoget di kelab…dulu-dulu senang masuk kalau pandai buat ‘baik’…zaman kapitalis sekarang, kelab diangkat ke satu taraf eksklusif…kapitalis punye kerja….kecuali kalau kamu kenal ‘abang-abang’ penjaga pintu neraka…mungkin boleh masuk…mungkin…kalau kamu hubungi aku…mungkin aku boleh adjust kelab area doraisamy..lain dari itu aku tak tahu…kalau kamu takde semua tu…jadi ia akan berbalik kepada ayat pertama perenggan kedua semula….pfffttt

Memang kadang-kadang dalam hidup ni kita dipaksa membuat keputusan segera….dan hasil selalunya adalah fiasco dalam kehidupan yang dikesali bilamana kamu sudah pun larut dalam didikan kapitalis walhal kamu belum cukup sedia untuk semua itu

Bilamana kita disuruh terbang sedang kita masih cuba belajar duduk dengan betulFly

Bilamana kita disuruh berenang tatkala kita masih menguis-nguis muka air dengan hujung jari kaki

Ia sama seperti orang-orang malaya yang belum bersedia secara mental untuk menerima adanya perkhidmatan transit aliran ringan di malaya…tapi atas alasan kapitalisme…ia tetap diwujudkan…hasilnya adalah sistem transit aliran ringan yang paling lemah dan lembab macam babi….dan lihatlah kesantunan orang malaya sewaktu mahu masuk ke dalam tren….berebut-rebut macam cilaka…sehinggalah masuk ke dalam agen pembawa watak sarat @ tren ini…pasang telefon tangan murah dengan pembesar kuat yang tak solid…pasang lagu melayu meleleh-leleh kuat-kuat sampai satu gerabak dengar…yamakahai punya kampung…tak belajar adab ke?

kenapa?…sebab orang malaya yang tidak bersedia dilanda ombak kapitalis dengan cepat…tak berenang mereka lemas terhanyut dan mati…mahu berenang dengan betul…tiada siapa mahu tunjukkan…kalau ada yang pandai berenang pun mereka takkan tunjukkan pada yang tak tahu untuk mengangkat diri sendiri jadi tinggi dan tak lemas…jadi yang tak tahu berenang akan terus layan arus kapitalis dengan cara mereka sendiri…masing-masing…asalkan tak lemas…atau tak nampak macam nak lemas… pathetic
Anx

2 hari lepas…dipendekkan cerita aku menjadi penunggu sistem transit aliran ringan di stesen mid valley selama hampir sejam di tengah malam…kamu tahu kan kalau aku dah marah…semua saka anjing laut, kuda belang, harimau kumbang, umang-umang, belangkas aku semua akan keluar…hati pun panas

Aku teks macha, teman sebilik aku yang juga homme revolte sejak zaman boho aku..

I dunno who to blame…aku dah tunggu dekat sejam tren tak datang lagi…pipit

Macha teks balas

salahkan kapitalisme hehe

Aku teks lagi

Cilaka kapitalis tak sempurna

Berbalik kepada soal aku…kadang-kadang apa yang aku alami dalam silibus kapitalis terlalu awal sebelum aku sempat pelajari apa yang perlu

Dan kerisauan aku ialah aku mungkin jadi mereka yang lemas dalam cerita di atas….

Atau aku tak sedar yang aku hampir atau telah lemas

Atau worst case scenario…menjadi mereka yang buat-buat tak lemas…pathetic

Tatkala itu aku tak boleh salahkan kapitalisme…atau lebih tepat lagi aku tak mampu salahkan kapitalismeGantung

Sebab kapitalisme adalah kuat dan besar

Dalam peraturan rimba…siapa kuat dia kalah…siapa lemah dia pasrah… pathetic

~ by ruffeey on March 22, 2008.

2 Responses to “BERSEDIA SATU DUA!!!”

  1. kesabaran adalah plg utama..
    tpi kdg xsabar gak kita..

    gmbr2 jenayah terancang dh diupload sila lihat..huhu pfffttt..
    http://zalhilmy.fotopages.com

  2. Aku tak tahu tentang kamu….
    Perlu berlumba tikus ….
    Tapi dalam arus kapitalis dunia mundane sekarang…
    Mahu pergi berjoget di kelab…
    Memang kadang-kadang …
    Ia sama seperti orang-orang malaya….
    kenapa?…

Leave a Reply