STATUS QUO
Salam, tempoh hari aku terima mesej pengutus Yahoo dari seorang RUFFIAN…berterima kasih atas pemahamannya pada maksud perkataan…
UN : status quo
UN : now i understood the meaning (after reading my recent short teaser-cum-post)
Aku : good for you
Aku : *dalam hati* ni yang senang bercerita dengan orang pandai
Pembaca RUFFIAN yang seorang ni memang pandai…kini sibuk menyahut seruan "Menuntut ilmu hingga ke Cina" di luar negara…dan bakal menjadi ustazah merangkap doktor; aku kena gunakan istilah doktor untuk orang Malaya walaupun istilah yang diguna pakai secara piawai adalah pengamal perubatan (medical practitioner)…kalau aku guna istilah pengamal perubatan, pasti sebahagian dari jumud-jumud Malaya akan beranggapan yang RUFFIAN seorang ni adalah pengamal ilmu batin atau tukang urut seperti iklan dalam Harian Metro dengan wajah berukuran pasport sambil memakai serban dan memegang telefon bimbit…dengan caption "Urutan batin turun temurun Ustaz Something"…pfffttt
bukan…bukan pengamal perubatan yang itu tau LOL:b
Dalam kekalutan aku melawan status quo yang memerangkap aku saban hari…mesej-mesej peptalk seperti ini yang membuatkan aku kembali ber-terapi di RUFFIAN…kamu semua memang ahli terapi yang ter-best-est di blogosfera ini…
Rutin aku kini setelah bergelar salah seorang peserta perlumbaan tikus adalah dimulakan dengan pagi yang pasti…berfikir mahu sarapan apa…dan senggat-senggat waktu yang aku harus tepati untuk aku sampai ke kantor sebelum jam 10:30 pagi…ingat tu 10:30 pagi…jadi selepas waktu itu jika kamu berikan mesej melalui pengutus Yahoo…ketauhilah sesungguhnya aku tiada di depan skrin komputer cari makan aku…jangan kata aku menyepi atau sombong…dig it?
Melangkah masuk ke pintu kaca kantor dan mengucapkan selamat pagi kepada Sheila, receptionist kantor aku yang lagaknya seperti iron lady…steady Sheila!!!
Itu semua setelah kad dihala ke arah pengesan auto…
"Tit tenet"…maksudnya kamu boleh masuk dengan selamat
tapi kalau…
"Tet tet tet tet tet tet"…maksudnya kamu ada masalah untuk masuk disebabkan
1)keturunan kamu memang tak pandai nak pegang kad dengan betul
2)sistem keselamatan cuba buat kelakar dengan kamu (tengoklah tu sistem…fuck!!!)
3)ada mangkuk sebelum kamu yang memang bodoh menggunakan tangan untuk scan kad di pintu masuk

Mula menatap skrin rata komputer aku dan berlumba tikus dibantu oleh jumpstrings (ikatan lompat kot? LOL:b) menguruskan kargo-kargo syarikat-syarikat gergasi dari Negara kelahiran van Nistelrooy atas urusan perkapalan…dari sekecil-kecil butir pasir hinggalah sebesar-sebesar barangan militari…oh ya dan melayan kerenah kiasu Front Line Officer (Pegawai Baris Depan kot?) dengan kehendak kiasu syarikat gergasi tadi…
Tiba ke sanctuary semula sudah masuk jam 9.00 malam…bedebak bedebuk…mata pun dah kuyu…aku jengah RUFFIAN…setakat jengah…aku klik pada simbol pangkah…aku periksa mesej pengutus Yahoo…hampir sentiasa ada mesej seperti…
"Bro, apa khabar…mane entri?"
"Ruffeey, sibuk sangat ke? lama tak menulis"
"Apsal sombong sekarang? buzz pun tak balas?" (yang ini boleh rujuk perenggan empat (4) di atas)
Aku pun hampir menitis air mata…hampir…hampir log in semula RUFFIAN…hampir…
Tapi aku tahu kamu semua tentu tak ingin RUFFIAN dengan entri-enri kosong dan rompong rembesan jus gaster pemikiran yang kontang dan lesu…right?
Jadi aku lepaskan lelah berlumba tikus…melayar bahtera angan-angan di Lubuk Curahan Romantis aku…dan apabila aku terjaga…rutin aku bermula seperti dalam rangkap empat (4) di atas…
Dan apabila itu…aku fucking-kan status quo…yang buat aku terpaksa ikut acuan untuk bekerja…lesu dan jadi bahan gelak status quo…
Sudahlah bukan semudah itu aku kini bekerja dalam bidang yang sudah semestinya jauh terpesong dari apa yang aku pelajari untuk Ijazah Sarjana Muda…tapi dek kerana percaya tentang teori dalam rangkap-rangkap yang aku baca di Borders…"Whatever you think…think opposite"…jadi aku gagahkan juga…
Aku nihilis…kata aku
Tatkala mereka mengikut jalan depan mata…aku rilek-rilek took the road not taken
Tatkala mereka masuk kerja atau macam tak masuk kerja…aku bertungkus-lumus mendapatkan kepercayaan supervisor
Tatkala mereka menjadi biasa…aku rilek-rilek pilih menjadi tak biasa…pfffttt



keje rajin2 bro nti bley wat OT banyak2..cepak gak bli DSLR
ChAirOnG said this on February 10, 2008 at 7:35 am
haha..Smua dh gila nk snap picture nie..aku pn nk ikut..huhu
nmpk gayanye..mmg mlm2 xleh lpak ngn ko la?adoi dh awek den lari ke JB..sob3 =p
MiE said this on February 11, 2008 at 9:21 am
lalalala..
kerja..
kerja..
HaDie said this on February 23, 2008 at 6:00 am
People should read this.
Nan said this on October 28, 2008 at 4:50 pm