EM
Aku baru pulang dari bepergian ke sebuah majlis pertunangan seorang sahabat…sekutu sekolah agama koboi yang pada aku…lambang seorang lelaki melayu alfa kontemporari yang beperwatakan sempoi…ya sempoi di kalimantoi bak kata sekutu aku Max
Si sahabat bernama Em Fi (bukan nama sebenar)…pada namanya sahaja sudah terpampang ke-sempoi-an…berapa orang dalam dunia mundane ni yang kamu jumpa mempunyai nama dimulakan dengan Em…jangan salah faham…ia bukanlah ‘M‘…bukan M untuk Macibai…bukan itu ye…ia adalah ‘Em‘…untuk lebih komprehensif…jika nama kamu Kamarul makanya nama kamu dalam versi keluarga si sahabat aku yang seorang ni harus menjadi ‘Em Kamarul‘ dan tertulis "Em Kamarul‘…begitu juga jika nama kamu Param, ia akan menjadi ‘Em Param‘…jika Latep, ia akan jadi ‘Em Latep’
Apa maksud dan sebabnya?…jangan ditanya…memang kadang-kadang sebahagian perkara di dalam dunia ni dibiarkan tidak berjawab…untuk memberikan manusia kebebasan mencari imaginasi mengikut fahaman masing-masing barangkali…
Ditakdirkan Em Fi memilih kereta yang aku naiki untuk membawanya ke rumah buah hati pengarang jantungnya yang beberapa saat nanti akan jadi tunangnya…diiringi rombongan besar…kami berangkat
Dalam singkat perjalanan kami…disebabkan rumah kedua-dua pihak memang terletak besebelahan kampung…bicara yang keluar dari mulut masing-masing sudah tentu tentang perkahwinan dan masa depan…dan sebagai tanya yang menuntut jawapan segera dari aku…Em Fi membuka mulut
"Fek, ko bila lagi?"
"RIlek dulu, duit belum ade la" jawab aku sambil membalas senyum si teruna yang berbunga hatinya
"Kalau kita fikir duit…sampai bila-bila pun tak jadi fek…jalan je…yang kate duit tak cukup tu semua syaitan…nak biar kite dalam dosa" balas Em Fi
Tersentap dengan itu…aku memandang Em Fi yang tak lekang tersenyum…mata bertemu mata…ada mesej yang disampaikan…cukup dalam…cukup untuk aku dan dia faham masing-masing tentang macam-macam…tentang dosa…tentang alasan…tentang kebiasaan dua jantina bercinta…tentang nilai sebuah kesempurnaan mahligai berbanding longgokan dosa…tentang alasan harta benda untuk membutakan mata hati tentang putih dan suci sebuah akad…tentang tentang
Ikhlasnya aku akui…jarang-jarang aku dengar jawapan balas yang ini tatkala ada sesiapa yang bertanya soal ada unsur-unsur ‘bila’ dan ‘nikah’…
Aku hanya balas semua itu dengan senyuman kosong…
Sebelum pulang…kami bersalam…sebelum kedua-dua tangan melepaskan genggam, Em Fi sempat bertanya…mungkin dek kerana tidak (cukup) puas hati dengan jawapan dalam bentuk senyuman aku tadi…
"Dosa ke duit?"
Aku loloskan tangan aku perlahan-lahan sambil memberikan senyum tanpa menjawab sepatah…
Seperti kata aku awal tadi…kadang-kadang sebahagian persoalan dalam dunia ini memang dibiarkan tidak berjawab…paling kurang untuk sela masa tertentu…mungkin sampai sekarang…mungkin sampai satu masa nanti…mungkin sampai akhir waktu dan hela nafas
Dalam perjalanan pulang kami meninggalkan majlis…sekutu aku, Jelan menegur aku yang sejak 5 minit lepas senyap membisu memandang kosong ke luar tingkap….
"Apasal fek? termenung je?"
Aku balas dengan senyuman…tapi jauh dalam sudut assalamualaikum hati nihilis aku…ada suara kecil berkata dalam mood penghargaan & pertimbangan…
"Perghhh Em Fi...lu sekolahkan gua hari ni"
pfffftttt…..


itu yg dinamakan kawan dunia akhirat…ia sebagai peringatan bukan pemberitahuan…
Norain said this on December 30, 2007 at 11:42 pm
err assalamualaikum ustazah!!!!
ruffeey said this on December 31, 2007 at 1:31 am
Em Fi!!!!!!! thanx!!!!!
heheheheheheehehehehehe
(gelak ada makna ni ^0^)
sarinahakkai said this on December 31, 2007 at 11:40 am
waalaikumussalam…please stop call me ustazah…ok???please laaaaaaaaaaaaaaa….huhuhuh
hehe…tgk tu rafi,sarina gelak ader makna tu…
so,kena pesan awal2 ni…rafi n sarina, jgn lupa jemput aku yer, hehehe…
ukhwah itu indah jika segalanya kerana allah…moga ukhwah yg dibina akan mendekatkan lg kalian kepada maha pencipta…allahumma amin
Norain said this on January 1, 2008 at 11:14 am
Norain
err emm kalau kamu ade kawan yang kerja jadi tok kadi…
pas aku nombor die…pfffttt
ruffeey said this on January 1, 2008 at 7:16 pm
dosa ke duit?
same tak dgn…
haram ke duit?
HaDie said this on January 2, 2008 at 1:43 am
Em fek,haa..dh bkerjaya..pe mcm??
dh ada duit 2..hehe
2 la..aku pn pikir psl dosa..(niflisnye aku..=P)
MiE said this on January 2, 2008 at 4:44 am
nak ker??ader jer…heheh…tp no phone dia aku tinggal kat rumah kat kampung…tok kadi bahagian kuala langat…hiihih
amboi2,bukan main lg dia,semangat,dh nak cari tok kadi…
tp bagus2, itu lah jalan yg terbaik…aku sokong 500%…
seronok bila dengar kawan2 makin ramai yg bina ‘masjid’…
Norain said this on January 2, 2008 at 11:40 am
weh ruffian..jgn cri jauh2..aku kn ade..aku skrg parttime jd tok kadi..ape susah,register kt aku..xbaik bt dosa byk2..
assalamualaikum..()=)
Bro Z said this on January 6, 2008 at 7:32 pm
Aku xde no Tok Kadi…
Ade no Tok Mudim je..
Bole ke bro??
KAlo bole aku nk taruh nie..
ngahaha~
Zangetsu Freeze said this on January 6, 2008 at 10:32 pm
em dah tunang?
bgs2
kem salam kat die
hAfIz said this on January 16, 2008 at 2:45 pm